Definisi Lemas
Lemas adalah keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada
memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air, tetapi tidak sampai
menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, kekurangan oksigen dalam darah boleh mengakibatkan
kerosakan tisu dan mati otak, dan fenomena ini digelar lemas.
Gejala-gejala lemas
Gejala-gejalanya bergantung kepada tahap keterukannya, antara lain
termasuklah batuk, tercungap-cungap, muntah, nafas berbunyi, kulit kebiruan dan
tidak sedarkan diri.
Kesan-kesan akibat hampir lemas
Situasi Hampir Lemas boleh mengakibatkan keadaan seperti:
• Jangkitan paru-paru
• Kerosakan kekal tisu otak.
Cara membantu mangsa hampir lemas.
• Nilai tahap kesedaran mangsa.
• Minta bantuan
• Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa
• Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (sekiranya ada)
• Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati
tidak bernafas
• Segera dapatkan bantuan perubatan.
Cara mencegah lemas dan hampir lemas
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah tragedi lemas
dan hampir lemas adalah:
• Belajar berenang
• Elakkan berenang tanpa teman
• Pakai jaket keselamatan apabila menaiki bot.
Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari
(CPR) Sistem Pernafasan. Rawatan pertama diberi Usaha rawatan pertama dalam
keadaan pesakit/mangsa kemalangan. kepada kecemasan sebelum ketibaan ambulans /
pesakit mendapat rawatan dari doktor. Matlamat utama: untuk menyelamat nyawa,
mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk, mengurangkan kesakitan. Sebagai
persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.
CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam
rantaian hidup untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba
pada jantung dan pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak
sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:
1) Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.
2)Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru
** CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima
sahaja. Apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang mudah.
1) Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak mangsa untuk menolak
masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke
dalam salur darah.
2) Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam
badan.
Semasa kita bernafas, kita sistem pernafasan menyedut & Udara yang
disedut dibawa ke paru-paru dan menghembuskan udara Udara yang disedut hanya
ada 21% oksigen, meresap oksigen ke dalam darah Badan kita memerlukan 5% oksigen
untuk selebihnya kompisisi gas nitrogen melakukan proses respi .
Bilangan pernafasan seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 15-20
kali kanak-kanak 6-10 thn 22-25 kali bayi 35-40 kali .
Bilangan nadi seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 70-80 kali
kanak-kanak 90-100 kali bayi 100-140 kali
Bantuan resusitasi kardiopulimonari (cpr) kecemasan yang diberikan
kepada mangsa lemas yang tidak mempunyai denyutan Merupakan kombinasi terknik
pernafasan bantuan mulut nadi dan tidak bernafas Berperanan untuk membantu
jantung mengepam ke mulut dan juga tekanan dada Dua sebab utama CPR dilakukan:
udara yang dihembus ke seluruh anggota badan *terhenti pernafasan *tiada nadi .
Kedudukan pemulihan Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR,
terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam
keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa
daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala
lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir
dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut.
Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan
yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan
mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.
Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Terdapat 3 prinsip asas yang PEMERIKSAAN ABC perlu dilakukan iaitu ABC
sebelum melakukan CPR A – Airway (saluran pernafasan) B – Breathing
(pernafasan) C – Circulation (peredaran darah) .
1. A - AIRWAY (Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan
pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk
memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka
saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu
mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak
supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan
visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang
bahan asing dari mulut.
2. B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan
seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan
telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke
dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa
hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan
turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda
perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.
3. C - CIRCULATION Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk
mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung
mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya
mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu
bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah
ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat
badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada
(sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
4. Kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian, kenalkan
diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam
kedudukan telentang. Dapatkan bantuan. Bukakan saluran pernafasan. Buangkan
sebarang benda asing dari mulut. Tutup lubang hidung mangsa Dongakkan kepala
dan angkat dagu mangsa.Tentukan mulutnya terbuka. menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk anda. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda
melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa
hembusan dilakukan. Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru
mangsa. Ambil masa. Tarik nafas kembali dan selama sekitar 2 saat untuk melihat
sebarang reaksi. ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali
seminit. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan
Catatan: tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi
agar udara Gunakan kaedah yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut
mangsa. mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak
yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru
mangsa. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik
ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau
sebagainya. Pernafasan dan kadar normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
denyutan nadi setiap 10 minit.
Kaedah cpr seorang diri siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras
kesedaran, goyangkan badan. apatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan
pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua
hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan
pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan
tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:
letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam
1.5–2 inci untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)
- berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4
pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika
tiada nadi. -lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan
jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi
selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi
tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan
pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.
Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1
penyelamat dan 2 penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang membuat
tekanan di dada berhenti sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan.
Hubungi bantuan atau hospital untuk dapatkan bantuan doktor atau pakar untuk
rawatan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment