FiL kissohh ~

20 Waktu Mustajab Berdoa ~


1- Doa di 1/3 terakhir malam
((ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر يقول من يدعوني فأستجيب له من يسألني فأعطيه من يستغفرني فأغفر له)) رواه البخاري
‘ Allah tabaraka wata’ala turun ke langit dunia pada 1/3 terakhir setiap malam dan berkata: siapa berdoa kepada-Ku akan Aku kabulkan, siapa yang meminta dari-Ku akan Aku perkenankan dan siapa yang minta keampunan-Ku akan aku ampunkannya

2- Antara azan dan iqamat
« لاَ يُرَدُّ الدُّعَاءُ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ ». رواه أبو داود، صحيح
‘tidak tertolak doa antara azan dan iqamat’ – sahih

3- Di hujung solat fardu
عن أبي أمامة قال: يا رسول الله أي الدعاء أسمع؟ قال: «جوف الليل الآخر ودبر الصلوات المكتوبات» رواه النسائي، صحيح
Dari Abu Umamah berkata: wahai Rasulullah, (waktu) doa apa yg didengari? Kata baginda: “tengah malam dan di hujung solat fardu”
- Ibn Taimiyyah berpendapat ‘hujung solat fardu’ ialah sebelum salam kerana beberapa nas yang sahih menunjukkan nabi saw berdoa sebelum salam. Malah  tiada satu hadis pun bahawa nabi saw berdoa selepas salam.

4- Lepas tasyahhud akhir, sebelum salam
عن ابن مسعود قال: كنتُ أصلي والنبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمرمعه، فلما جلستُ بدأتُ بالثناء على الله ثم الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ثم دعوت لنفسي. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: «سل تعطه سل تعطه» رواه الترمذي، حسن صحيح
Kata Ibn Mas’ud: aku solat dan nabi saw, Abu Bakr serta ‘Umar (duduk dekat denganku). Semasa aku duduk (tasyahhud) dan berselawat atas nabi saw, aku berdoa utk kebaikan diriku. Sabda nabi saw: “berdoalah, engkau akan diberi, berdoalah, engkau akan diberi”.

5- Semasa sujud
 «أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ» رواه مسلم
‘waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya ialah ketika sujud. Maka perbanyakkanlah doa’

6- Satu tempoh waktu dalam hari Jumaat
إنَّ النبي صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ: «فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّى يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ» فِى  رِوَايَتِهِ: َأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا
‘Nabi saw menyebut dlm hari Jumaat : ada padanya waktu bila seorang Muslim berdoa pada Allah nescaya Allah kabulkan doanya’. Nabi saw beri isyarat ‘sedikit’ dengan jari baginda saw.
-Khilaf ulama ttg waktu: lepas asar hingga maghrib, semasa khatib naik mimbar, bila lepas solat, masuk waktu Zuhur/Jumaat.
-   Ibnu Qayyim kata yg tepat: sejurus sblm maghrib.


7- Semasa minum air zamzam
 «ماء زمزم لما شرب له» رواه أحمد، صحيح
‘air zamzam (diminum dgn niat yg baik) akan dikabulkan’

8- Ketika azan, dlm saf jihad dan hujan turun
«ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ أَوْ قَلَّمَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَعِنْدَ الْبَأْسِ حِينَ يُلْحِمُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا». وَفي زيادة: وَوَقْتَ الْمَطَرِ. رواه أبو داود، صحيح
doa doa yg tidak ditolak atau jarang ditolak: doa semasa azan dan ketika berbaris dalam barisan jihad’. Terdapat tambahan pada matansemasa hujan’ (sama ada lebat @ tidak) 

9- Semasa dengar ayam berkokok
«إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهَا رَأَتْ شَيْطَانًا» خ،م
‘bila kamu dengar kokokan ayam mintalah pd Allah dari rahmat-Nya krn ayam itu melihat malaikat. Bila kamu dengar keldai berbunyi, mintalah perlindungan pd Allah krn ia lihat syaitan’

10- Semasa hati lembut, berasa dekat dengan Allah
« اغتنموا الدعاء عند الرِقّة فإنها رحمة »
‘ rebutlah peluang dengan berdoa semasa hati menjadi lembut. Sesungguhnya ia satu rahmat’. (daif yg ringan dan ada sandaran lain yg sahih/pnjg)

11- Semasa menyebut لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ  
      
« دعوة ذي النون إذا دعا وهو في بطن الحوت: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، فإنه لم يدع بها رجل مسلم في شيء قط إلا استجاب الله له » رواه الترمذي، صحيح
‘doa rasul yg ditelan ikan paus/nabi Yunus a.s: tiada tuhan selayaknya disembah kecuali Engkau (wahai Allah) maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong dlm org2 yg zalim. Tidaklah seorang Muslim itu berdoa dengannya kecuali Allah kabulkan doanya’

12- Doa Muslim utk saudaranya tanpa pengetahuannya
«مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ» م
‘tidaklah hamba itu berdoa utk kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya melainkan malaikat turut berkata: kamu dapat seperti apa yg kamu doa untuknya’

13- Doa lepas kematian seseorang
«لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلاَّ بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ» رواه مسلم
‘janganlah kamu mendoakan keburukan ke atas dirimu (dan keluarga) kecuali yg baik2. sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yg kamu doakan’

14- Doa orang yg dalam kesusahan
 {أَمْ مَنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ} النمل: 62
“ siapakah lagi yg dapat perkenankan doa orang yg dalam kesusahan apabila dia berdoa kepada-Nya dan yg menghilangkan kesusahan itu?
- Kata Ibnu Kathir: doa mrk makbul krn mrk benar2 ikhlas berdoa dan membulatkan hati bahawa tiada siapa yg mampu hilangkn kesusahan itu kecuali Allah

15- Doa orang yg dizalimi
«اتق دعوة المظلوم فإنها ليس بينها وبين الله حجاب» رواه البخاري
‘takutilah doa org yg dizalimi kerana tiada penghalang antaranya dan Allah’. Dlm  riwayat Imam Ahmad
« دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ مُسْتَجَابَةٌ وَإِنْ كَانَ فَاجِرًا فَفُجُورُهُ عَلَى نَفْسِهِ» حسن
‘doa org yg dizalimi mustajab walaupun dia fasik. Kefasikan nya memudaratkan dirinya’

16- Doa parents utk kecelakaan pd anak, doa musafir
« ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن دعوة المظلوم ودعوة المسافر ودعوة الوالد على ولده » رواه الترمذي، حسن
الدعاء على  = doa utk keburukan, الدعاء لـ = doa utk kebaikan 

17- Doa parents utk kebaikan anak, doa org puasa
  «ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَ تُرَدُّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ، وَدَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ» رواه البيهقي، حسن. له شواهد

18- Doa anak utk parents  إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ  riwayat Muslim

19- Doa lepas gelincir matahari sebelum masuk zuhur
«إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يصلي أربعا بعد أن تزول الشمس قبل الظهر وقال: إنها ساعة تفتح فيها أبواب السماء وأحب أن يصعد لي فيها عمل صالح» رواه الترمذي، صحيح
sesungguhnya Rasulullah saw solat 4 rakaat selepas gelincir matahari sebelum waktu zuhur seraya bersabda: sesungguhnya ia adalah waktu di mana pintu2 langit dibuka dan aku suka amal salihku diangkat

20- Doa di sisi orang sakit
« إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ » رواه مسلم
‘Apabila kamu ziarahi org sakit hendaklah kamu ucapkan/doakan perkara yg baik kerana sesungguh nya malaikat mengaminkan apa yg kamu doakan’
Sambungan…Kata Nabi saw pada Ummu Salamah:
« قُولِى: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَلَهُ وَأَعْقِبْنِى مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً ». قَالَتْ: فَأَعْقَبَنِى اللَّهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ لِى مِنْهُ مُحَمَّدًا صلى الله عليه وسلم
«إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا» رواه مسلم
  
** SUMBER : Ustaz Amiruddin Sobali - Lecturer Fakulti Quran & Sunnah (FPQS) U.S.i.M















No comments:

Post a Comment