Kegagalan sistem pernafasan terjadi apabila pertukaran
gas oleh paru paru menjadi tidak cukup, menyebabkan hypoxia. Kegagalan
pernafasan didefinisikan oleh PaO2 < 60 mmHg. Kegagalan sistem pernafasan
dibahagikan kepada dua pecahan besar iaitu Jenis 1 dan Jenis 2, mengikut paras
Karbon dioksida dalam darah PaCO2.
Kegagalan Sistem Pernafasan Jenis 1
Didefinisikan oleh kurangnya paras oksigen dalam darah (PaO2 < 60 mmHg). Dalam kegagalan pernafasan Jenis 1, paras CO2 boleh jadi normal, ataupun sedikit rendah dari biasa. Biasanya, masalah kegagalan pernafasan Jenis 1 adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pernafasan dan aliran darah (V/Q mismatch). Antara yang menyebabkan masalah kegagalan sistem pernafasan Jenis 1 ialah:
Kegagalan Sistem Pernafasan Jenis 1
Didefinisikan oleh kurangnya paras oksigen dalam darah (PaO2 < 60 mmHg). Dalam kegagalan pernafasan Jenis 1, paras CO2 boleh jadi normal, ataupun sedikit rendah dari biasa. Biasanya, masalah kegagalan pernafasan Jenis 1 adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pernafasan dan aliran darah (V/Q mismatch). Antara yang menyebabkan masalah kegagalan sistem pernafasan Jenis 1 ialah:
- Radang paru paru
- Paru paru berair (Pulmonary
oedema)
- PE
- Asma/semput
- Emphysema (lubang dalam paru
paru)
- Fibrosing alveolitis
- ARDS (Acute Respiratory
Distress Syndrome)
Kegagalan Sistem
Pernafasan Jenis 2
Didefinisikan oleh kurangnya paras oksigen dalam darah (PaO2 < 60mmHg) dengan disertai oleh peningkatan paras karbon dioksida (PaCO2 > 45mmHg). Masalah ini adalah berpunca daripada kurangnya kerja bernafas. Antara penyebab masalah ini termasuk:
Didefinisikan oleh kurangnya paras oksigen dalam darah (PaO2 < 60mmHg) dengan disertai oleh peningkatan paras karbon dioksida (PaCO2 > 45mmHg). Masalah ini adalah berpunca daripada kurangnya kerja bernafas. Antara penyebab masalah ini termasuk:
- Penyakit paru paru:
- Asma
- Masalah rokok COPD (Chronic
Obstructive Pulmonary Disease)
- Radang paru paru (pneumonia)
- Pulmonary fibrosis
- Masalah terjaga dari tidur
akibat salur pernafasan tersumbat (sleep apnoea)
- Kurangnya dorongan untuk
bernafas:
- Ubat penenang dapat
menyebabkan pernafasan menjadi terganggu sekiranya diambil secara
berlebihan
- Tumor Saraf tunjang (CNS)
- Penyakit Otot dan saraf
- Kerosakan saraf servikal
(menjejaskan pernafasan)
- Lumpuh saraf diafragma
(diaphragmatic paralysis)
- poliomyelitis (penyakit yang
menyebabkan lumpuh, dan kaki bengkok dalam kanak kanak)
- myesthenia gravis (penyakit
yang menyebabkan rasa amat penat terutamanya bahagian mata dan muka)
- sindrom Guillain Barre
(masalah saraf sengal pada tangan dan kaki dan diakhiri dengan masalah
pernafasan)
- Masalah dada:
- tulang rusuk patah (flail
chest)
Tanda dan simptom klinikal:
- Simptom paras oksigen rendah
(hypoxia):
- Sesak nafas
- Konfius
- Muka biru
- Simptom paras Karbon dioksida
tinggi (hypercapnia):
- Salur darah mengembang di
periferi (periphery vasodilation)
- Denyutan darah yang jelas pada
arteri (bounding pulse)
- Tangan terketar
- Degupan jantung laju
- Rasa mengantuk
- Sakit kepala
Apakah rawatan terbaik untuk pesakit pesakit ini?
Rawatan terhadap pesakit Jenis 1
- Berikan bantuan oksigen 40-60%
(FiO2) dengan topeng oksigen
- Sekiranya masih teruk (pesakit
menunjukkan paras oksigen dibawah PaO2<60mmHg), pesakit akan diberikan
bantuan mesin pernafasan (ventilatory machine)
Rawatan terhadap pesakit Jenis 2
- Punca penyakit dikenalpasti dan
dirawat
- Disebabkan pesakit Jenis 2
mempunyai paras Karbon dioksida yang tinggi (PaCO2>45mmHg), maka
oksigen harus diberikan dengan berhati hati kerana Oksigen yang tinggi
akan merencatkan pernafasan. Walaubagaimanapun, rawatan oksigen tidak
dapat diabaikan. Maka Oksigen paras rendah (24% FiO2) harus diberikan
untuk permulaan rawatan.
- Selepas 20 minit memberikan
rawatan Oksigen 24%, sekiranya pesakit menunjukkan bacaan Karbon dioksida
yang sama atau kurang daripada yang asal (petanda baik), maka rawatan
oksigen boleh dipertingkatkan dengan memberikan pesakit oksigen 28%.
Sekiranya pesakit menunjukkan paras Karbon dioksida yang meningkat, maka
ini menunjukkan pesakit mengalami kekurangan kerja pernafasan. Ubat untuk
meningkatkan kadar pernafasan harus diberikan supaya kadar pernafasan
seminit dapat ditingkatkan dan masalah peningkatan paras Karbon dioksida dapat
diselesaikan. Ubat yang amat popular untuk tujuan ini ialah Doxopram.
- Sekiranya masih gagal, maka
bantuan pernafasan mekanikal harus diberikan.
No comments:
Post a Comment