FiL kissohh ~

** MASA & ILMU **


MASA ITU SANGAT BERHARGA ,
MAKA JANGANLAH ENGKAU HABISKAN MASA
KECUALI UNTUK SESUATU YANG BERHARGA

SESIAPA YANG BERUSAHA MENCARI JALAN

BAGI MENDAPATKAN ILMU ,

MAKA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN KE SYURGA.

( HADIS )

SESUNGGUHNYA ALLAH MENINGGIKAN DARJAT
ORANG YANG BERIMAN DAN ORANG YANG MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN KE TAHAP BEBERAPA DARJAT
( AL-QURAN )

ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN

BAGAIKAN POHON KAYU YANG TIDAK BERBUAH.
( PEPATAH  ARAB )

WAHAI ANAKKU ,
CARILAH ILMU , KERANA APABILA ENGKAU MENJADI FAKIR ,
 MAKA ILMU ITULAH HARTAMU , AKAN TETAPI JIKA ENGKAU KAYA ,

 ILMU ITU MENJADI

PERHIASAN DIRIMU.
 
 ( LUQMAN AL-HAKIM )


ILMU ITU ADALAH

SEBAIK-BAIK  PUSAKA                     

( SAIDINA ALI )

ILMU ITU DIDAPATI DARIPADA LIDAH YANG SUKA BERTANYA DAN
AKAL YANG SUKA BERFIKIR.

ORANG BELAJAR SEDIKIT DARI KEJAYAAN , TETAPI BELAJAR BANYAK DARI KEGAGALAN.

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGANIAYAI MANUSIA,
TETAPI MANUSIA SENDIRI MENGANIAYAI DIRINYA SENDIRI
MAKA HENDAKLAH KAMU TANYA ORANG-ORANG YANG BERILMU SEKIRANYA KAMU TIDAK MENGETAHUI.

(AL-QURAN)-SURAH AL ANBIYAA'-AYAT 7.


AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFAATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI.

DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR
BERADA DALAM KERUGIAN, KECUALI ORANG-ORANG YANG
BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN NASIHAT
MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN
NASIHAT-MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN.
 (MAKSUD SURAH AL `ASHR (MASA)

JANGAN JADIKAN KEGAGALAN SEBAGAI SATU  KEMUSNAHAN
TETAPI JADIKANNYA SEBAGAI SATU DORONGAN.


ILMU PENGETAHUAN ADALAH KHAZANAH YANG AKAN MENGIKUT TUANNYA
KE MANA-MANA SAHAJA.


SEMUA ORANG BERFIKIR UNTUK  MENGUBAH DUNIA TETAPI TIDAK SEORANG PUN YANG BERFIKIR UNTUK MENGUBAH DIRI SENDIRI.

HAMBA YANG PALING HAMPIR DENGAN ALLAH IALAH YANG BANYAK BERDOA  KEPADA-NYA.( HADIS )

SESUNGGUHNYA DENGAN MENGINGATI ALLAH AKAN DAPAT
MENENANGKAN HATI
( AL-QURAN )

RASULULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD :

BERSIHKANLAH SISA MAKANAN ANTARA GIGI KAMU KERANA

IA TERMASUK KEBERSIHAN DAN KEBERSIHAN ITU MEMBAWA KEPADA IMAN
DAN IMAN ITU BERSAMA PEMILIKNYA DI DALAM SYURGA.

(HADIS RIWAYAT TABRANI)


RASULULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD :

KITA INI GOLONGAN UMAT YANG MAKAN KERANA TELAH LAPAR ,DAN APABILA MAKAN TIDAK SEHINGGA TERLALU KENYANG.

HADIS RIWAYAT ABU DAUD



ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD :
SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR ,NESCAYA AKU AKAN TAMBAHKAN
NIKMAT-KU KEPADAMU ,DAN JIKA KAMU MENGINGKARI NIKMAT-KU ,
SESUNGGUHNYA AZAB-KU SANGATLAH PEDIH.

SURAH IBRAHIM : AYAT 7



ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD :
WAHAI MANUSIA ! MAKANLAH MAKANAN YANG ADA DI BUMI YANG HALAL LAGI BAIK.JANGANLAH KAMU MENGIKUT JEJAK SYAITAN.SESUNGGUHNYA
SYAITAN ITU ADALAH MUSUH YANG NYATA.

SURAH AL-BAQARAH : AYAT 168


ORANG YANG PALING MENYESAL PADA HARI  KIAMAT IALAH
ORANG YANG ADA  KESEMPATAN  UNTUK   MENUNTUT  ILMU , TETAPI  DIA TIDAK MENGGUNAKAN KESEMPATAN ITU SELAMA IA HIDUP  DI  DUNIA. 
DAN ORANG YANG MENGAJARKAN ILMUNYA,  ORANG  LAIN YANG 
MENGAMBIL  MANFAATNYA  SEDANGKAN IA SENDIRI  TIDAK  DAPAT
 (   HADIS  )

UNTUK MENGUASAI NEGARA KETAHUILAH RAKYATNYA ,
UNTUK MENGUASAI ILMU KETAHUILAH PENGAJARNYA.


MENUNTUT  ILMU  SESAAT ADALAH    LEBIH  BAIK  DARIPADA SOLAT SEMALAMAN , MENUNTUT  ILMU SEHARI LEBIH BAIK DARIPADA PUASA 3 BULAN ( HADIS )

ORANG YANG TIDAK MENYUKAI ILMU , TIDAK ADA KEBAIKAN PADANYA
( IMAM SYAFIE )

SESIAPA  MENANAM   BUDI  NESCAYA  IA MEMETIK  KECINTAAN 
DAN  SESIAPA  MENANAM KESOMBONGAN  NESCAYA  IA  MEMETIK KEMARAHAN.

( HUKAMA )


SEMULIA-MULIA MANUSIA IALAH
ORANG YANG SUKA MEMPERBAIKI KESALAHAN DIRINYA DAN
TUNDUK KEPADA KEBENARAN.
( HUKAMA )


SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH  YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN ( HADITH )

AKAL YANG SIHAT BERPUNCA DARI TUBUH BADAN YANG SIHAT

SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG BERILMU TETAPI TIDAK MEMANFAATKAN ILMUNYA.

AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFAATKAN WAKTUNYA
UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN.
(AL-QURAN)

REBUTLAH LIMA MASA , SEBELUM TIBA LIMA MASA, ;
MASA MUDAMU SEBELUM TUA,
MASA SIHATMU SEBELUM SAKIT,
MASA KAYAMU SEBELUM MISKIN,
MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN
MASA HIDUP SEBELUM MATI. 

RAMAI INSAN MEMPUNYAI PELBAGAI BAKAT DAN KEBOLEHAN TETAPI BERFIKIRAN NEGATIF DAN TAKUTKAN KEJAYAAN.

SEGERALAH MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA , SEBELUM IA BERUBAH MENJADI PENYESALAN . ( SAIDINA ALI )

SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA KEPADA KERJA YANG BERKUALITI DAN MEMBENCI PEKERJAAN YANG SIA-SIA. ( HADIS )

JANGAN SESEKALI MENGHARAPKAN HASIL YANG BANYAK JIKA USAHANYA SEDIKIT. USAHA YANG BANYAK SEKALI PUN TIDAK WAJAR MENGHARAP HASIL YANG TERLALU BANYAK.

RAMAI MANUSIA INGIN BERJAYA TETAPI TIDAK RAMAI YANG SANGGUP BERSUSAH PAYAH UNTUK BERJAYA.JIKA ANDA BOLEH MELIHAT DIRI ANDA MEMILIKI MATLAMAT , SEPARUH DARI MATLAMAT ITU ADALAH MILIK ANDA.

SATU CARA TERBAIK MENDAPATKAN IDEA YANG BAIK IALAH DENGAN MENDAPAT BANYAK IDEA.

USAH DITUNGGU SESUATU PERKARA ITU MENJADI SEMPURNA KERANA SELAGI TIDAK DIMULAKAN SESUATU ITU TIDAK AKAN MENJADI SEMPURNA.

DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN.

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG , MANAKAN DAPAT SAGUNYA.

MASA DEPAN ADALAH LEBIH MENCABAR DARI HARI INI. SAHUTLAH CABARAN MASA DEPAN DENGAN BERTINDAK PADA HARI INI.

ALLAH SUKA APABILA SESEORANG ITU MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN DAN IA MEMPERELOKKANNYA.

SEDEKAH ITU DAPAT MENUTUP 70 PINTU KEJAHATAN.


20 Waktu Mustajab Berdoa ~


1- Doa di 1/3 terakhir malam
((ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر يقول من يدعوني فأستجيب له من يسألني فأعطيه من يستغفرني فأغفر له)) رواه البخاري
‘ Allah tabaraka wata’ala turun ke langit dunia pada 1/3 terakhir setiap malam dan berkata: siapa berdoa kepada-Ku akan Aku kabulkan, siapa yang meminta dari-Ku akan Aku perkenankan dan siapa yang minta keampunan-Ku akan aku ampunkannya

2- Antara azan dan iqamat
« لاَ يُرَدُّ الدُّعَاءُ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ ». رواه أبو داود، صحيح
‘tidak tertolak doa antara azan dan iqamat’ – sahih

3- Di hujung solat fardu
عن أبي أمامة قال: يا رسول الله أي الدعاء أسمع؟ قال: «جوف الليل الآخر ودبر الصلوات المكتوبات» رواه النسائي، صحيح
Dari Abu Umamah berkata: wahai Rasulullah, (waktu) doa apa yg didengari? Kata baginda: “tengah malam dan di hujung solat fardu”
- Ibn Taimiyyah berpendapat ‘hujung solat fardu’ ialah sebelum salam kerana beberapa nas yang sahih menunjukkan nabi saw berdoa sebelum salam. Malah  tiada satu hadis pun bahawa nabi saw berdoa selepas salam.

4- Lepas tasyahhud akhir, sebelum salam
عن ابن مسعود قال: كنتُ أصلي والنبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمرمعه، فلما جلستُ بدأتُ بالثناء على الله ثم الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ثم دعوت لنفسي. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: «سل تعطه سل تعطه» رواه الترمذي، حسن صحيح
Kata Ibn Mas’ud: aku solat dan nabi saw, Abu Bakr serta ‘Umar (duduk dekat denganku). Semasa aku duduk (tasyahhud) dan berselawat atas nabi saw, aku berdoa utk kebaikan diriku. Sabda nabi saw: “berdoalah, engkau akan diberi, berdoalah, engkau akan diberi”.

5- Semasa sujud
 «أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ» رواه مسلم
‘waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya ialah ketika sujud. Maka perbanyakkanlah doa’

6- Satu tempoh waktu dalam hari Jumaat
إنَّ النبي صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ: «فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّى يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ» فِى  رِوَايَتِهِ: َأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا
‘Nabi saw menyebut dlm hari Jumaat : ada padanya waktu bila seorang Muslim berdoa pada Allah nescaya Allah kabulkan doanya’. Nabi saw beri isyarat ‘sedikit’ dengan jari baginda saw.
-Khilaf ulama ttg waktu: lepas asar hingga maghrib, semasa khatib naik mimbar, bila lepas solat, masuk waktu Zuhur/Jumaat.
-   Ibnu Qayyim kata yg tepat: sejurus sblm maghrib.


7- Semasa minum air zamzam
 «ماء زمزم لما شرب له» رواه أحمد، صحيح
‘air zamzam (diminum dgn niat yg baik) akan dikabulkan’

8- Ketika azan, dlm saf jihad dan hujan turun
«ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ أَوْ قَلَّمَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَعِنْدَ الْبَأْسِ حِينَ يُلْحِمُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا». وَفي زيادة: وَوَقْتَ الْمَطَرِ. رواه أبو داود، صحيح
doa doa yg tidak ditolak atau jarang ditolak: doa semasa azan dan ketika berbaris dalam barisan jihad’. Terdapat tambahan pada matansemasa hujan’ (sama ada lebat @ tidak) 

9- Semasa dengar ayam berkokok
«إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهَا رَأَتْ شَيْطَانًا» خ،م
‘bila kamu dengar kokokan ayam mintalah pd Allah dari rahmat-Nya krn ayam itu melihat malaikat. Bila kamu dengar keldai berbunyi, mintalah perlindungan pd Allah krn ia lihat syaitan’

10- Semasa hati lembut, berasa dekat dengan Allah
« اغتنموا الدعاء عند الرِقّة فإنها رحمة »
‘ rebutlah peluang dengan berdoa semasa hati menjadi lembut. Sesungguhnya ia satu rahmat’. (daif yg ringan dan ada sandaran lain yg sahih/pnjg)

11- Semasa menyebut لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ  
      
« دعوة ذي النون إذا دعا وهو في بطن الحوت: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، فإنه لم يدع بها رجل مسلم في شيء قط إلا استجاب الله له » رواه الترمذي، صحيح
‘doa rasul yg ditelan ikan paus/nabi Yunus a.s: tiada tuhan selayaknya disembah kecuali Engkau (wahai Allah) maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong dlm org2 yg zalim. Tidaklah seorang Muslim itu berdoa dengannya kecuali Allah kabulkan doanya’

12- Doa Muslim utk saudaranya tanpa pengetahuannya
«مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ» م
‘tidaklah hamba itu berdoa utk kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya melainkan malaikat turut berkata: kamu dapat seperti apa yg kamu doa untuknya’

13- Doa lepas kematian seseorang
«لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلاَّ بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ» رواه مسلم
‘janganlah kamu mendoakan keburukan ke atas dirimu (dan keluarga) kecuali yg baik2. sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yg kamu doakan’

14- Doa orang yg dalam kesusahan
 {أَمْ مَنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ} النمل: 62
“ siapakah lagi yg dapat perkenankan doa orang yg dalam kesusahan apabila dia berdoa kepada-Nya dan yg menghilangkan kesusahan itu?
- Kata Ibnu Kathir: doa mrk makbul krn mrk benar2 ikhlas berdoa dan membulatkan hati bahawa tiada siapa yg mampu hilangkn kesusahan itu kecuali Allah

15- Doa orang yg dizalimi
«اتق دعوة المظلوم فإنها ليس بينها وبين الله حجاب» رواه البخاري
‘takutilah doa org yg dizalimi kerana tiada penghalang antaranya dan Allah’. Dlm  riwayat Imam Ahmad
« دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ مُسْتَجَابَةٌ وَإِنْ كَانَ فَاجِرًا فَفُجُورُهُ عَلَى نَفْسِهِ» حسن
‘doa org yg dizalimi mustajab walaupun dia fasik. Kefasikan nya memudaratkan dirinya’

16- Doa parents utk kecelakaan pd anak, doa musafir
« ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن دعوة المظلوم ودعوة المسافر ودعوة الوالد على ولده » رواه الترمذي، حسن
الدعاء على  = doa utk keburukan, الدعاء لـ = doa utk kebaikan 

17- Doa parents utk kebaikan anak, doa org puasa
  «ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَ تُرَدُّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ، وَدَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ» رواه البيهقي، حسن. له شواهد

18- Doa anak utk parents  إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ  riwayat Muslim

19- Doa lepas gelincir matahari sebelum masuk zuhur
«إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يصلي أربعا بعد أن تزول الشمس قبل الظهر وقال: إنها ساعة تفتح فيها أبواب السماء وأحب أن يصعد لي فيها عمل صالح» رواه الترمذي، صحيح
sesungguhnya Rasulullah saw solat 4 rakaat selepas gelincir matahari sebelum waktu zuhur seraya bersabda: sesungguhnya ia adalah waktu di mana pintu2 langit dibuka dan aku suka amal salihku diangkat

20- Doa di sisi orang sakit
« إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ » رواه مسلم
‘Apabila kamu ziarahi org sakit hendaklah kamu ucapkan/doakan perkara yg baik kerana sesungguh nya malaikat mengaminkan apa yg kamu doakan’
Sambungan…Kata Nabi saw pada Ummu Salamah:
« قُولِى: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَلَهُ وَأَعْقِبْنِى مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً ». قَالَتْ: فَأَعْقَبَنِى اللَّهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ لِى مِنْهُ مُحَمَّدًا صلى الله عليه وسلم
«إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا» رواه مسلم
  
** SUMBER : Ustaz Amiruddin Sobali - Lecturer Fakulti Quran & Sunnah (FPQS) U.S.i.M















Rawatan Pemulihan Pernafasan kepada mangsa lemas (CPR)

Definisi Lemas

Lemas adalah keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air, tetapi tidak sampai menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, kekurangan oksigen dalam darah boleh mengakibatkan kerosakan tisu dan mati otak, dan fenomena ini digelar lemas.

Gejala-gejala lemas

Gejala-gejalanya bergantung kepada tahap keterukannya, antara lain termasuklah batuk, tercungap-cungap, muntah, nafas berbunyi, kulit kebiruan dan tidak sedarkan diri.

Kesan-kesan akibat hampir lemas

Situasi Hampir Lemas boleh mengakibatkan keadaan seperti:

• Jangkitan paru-paru

• Kerosakan kekal tisu otak.

Cara membantu mangsa hampir lemas.

• Nilai tahap kesedaran mangsa.

• Minta bantuan

• Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa

• Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (sekiranya ada)

• Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati tidak bernafas

• Segera dapatkan bantuan perubatan.



Cara mencegah lemas dan hampir lemas

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah tragedi lemas dan hampir lemas adalah:

• Belajar berenang

• Elakkan berenang tanpa teman

• Pakai jaket keselamatan apabila menaiki bot.

Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Sistem Pernafasan. Rawatan pertama diberi Usaha rawatan pertama dalam keadaan pesakit/mangsa kemalangan. kepada kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan dari doktor. Matlamat utama: untuk menyelamat nyawa, mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk, mengurangkan kesakitan. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam rantaian hidup untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:


1) Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.

2)Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru

** CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang mudah.


1) Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah.


2) Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan.


Semasa kita bernafas, kita sistem pernafasan menyedut & Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan menghembuskan udara Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, meresap oksigen ke dalam darah Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk selebihnya kompisisi gas nitrogen melakukan proses respi .

Bilangan pernafasan seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 15-20 kali kanak-kanak 6-10 thn 22-25 kali bayi 35-40 kali .

Bilangan nadi seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 70-80 kali kanak-kanak 90-100 kali bayi 100-140 kali

Bantuan resusitasi kardiopulimonari (cpr) kecemasan yang diberikan kepada mangsa lemas yang tidak mempunyai denyutan Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut nadi dan tidak bernafas Berperanan untuk membantu jantung mengepam ke mulut dan juga tekanan dada Dua sebab utama CPR dilakukan: udara yang dihembus ke seluruh anggota badan *terhenti pernafasan *tiada nadi .

Kedudukan pemulihan Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Terdapat 3 prinsip asas yang PEMERIKSAAN ABC perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR A – Airway (saluran pernafasan) B – Breathing (pernafasan) C – Circulation (peredaran darah) .

1. A - AIRWAY (Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.

2. B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.

3. C - CIRCULATION Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

4. Kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Dapatkan bantuan. Bukakan saluran pernafasan. Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Tutup lubang hidung mangsa Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.Tentukan mulutnya terbuka. menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa. Tarik nafas kembali dan selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan Catatan: tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara Gunakan kaedah yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Pernafasan dan kadar normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. denyutan nadi setiap 10 minit.

Kaedah cpr seorang diri siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. apatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi. -lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1 penyelamat dan 2 penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di dada berhenti sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan. Hubungi bantuan atau hospital untuk dapatkan bantuan doktor atau pakar untuk rawatan selanjutnya.